RENCANA UTAMA
Akbar Kosmo
Gred penentu kualiti buah
Kriteria yang selalu diambil kira dalam pemilihan durian adalah dari segi bentuk, duri, isi dan kulitnya.
DURIAN D24 yang dipegang oleh Norhaiman Shah ini mempunyai rasa lemak manis dan sedikit pahit.
--------------------------------------------------------------------------------
KEBIASAANNYA musim durian bermula dari bulan Mei hingga Julai. Menurut Pembantu Pertanian, Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia (UPM), Norhaiman Shah Ismail, UPM akan menjadi tumpuan.
"Di UPM, kami mengkategorikan durian kepada dua jenis iaitu gred A dan gred B," katanya.
Kategori A pada kebiasaannya meliputi durian D24, D2, D16, D96, D98,D99, D123 dan banyak lagi. Kriteria yang selalu diambil kira dalam pemilihan durian adalah dari segi bentuk, duri, isi, dan kulitnya.
DURIAN D148 atau paduka mempunyai isi yang berwarna kuning keemasan.
--------------------------------------------------------------------------------
Contohnya, durian D2 atau Dato Nina telah didaftarkan di ladang UPM pada tahun 1934. Ia berasal dari Melaka.
Durian D2 menjadi tarikan utama penggemar raja buah kerana buahnya sederhana besar dan berwarna hijau gangsa. Durinya pendek, berkulit nipis dan sukar dibuka. Lebih-lebih lagi jika ia baru luruh dari pokok.
Selain itu, tangkainya pendek dan besar. Manakala isinya berwarna kuning keemasan. Mutu buahnya sangat baik jika dibandingkan dengan jenis lain. Apa yang penting, rasanya lemak dan manis.
Bagi durian D24, ia berasal dari Bukit Merah Reservoir Perak. Ia mempunyai bentuk yang bujur dan sederhana besar. Warna kulitnya hijau muda dan berkulit nipis. Durinya sangat tajam, halus dan sama di sekeliling buah.
ORANG ramai datang seawal pukul 8.30 pagi untuk membeli durian di UPM.
--------------------------------------------------------------------------------
Kulitnya sukar dikopek. Isinya sangat tebal. Mutunya sangat baik, rasa lemak manis dan sedikit pahit.
D148 atau paduka adalah sejenis durian yang berasal dari Kampung Gajah, Perak.
Buahnya sederhana besar, bulat dan durinya sangat halus. Ulas berwarna kuning, mutunya sederhana dan mempunyai manis.
Bagi kategori B pula, berbiji besar, isinya nipis dan berwarna putih. Rasanya juga sedikit tawar berbanding durian gred A.
Durian Siam turut menjadi pilihan kerana rasanya yang manis dan lemak. Warna kulit hijau keperangan.
Manakala durian Balik Pulau turut menjadi pilihan penggemar durian.
Ulas buahnya mengikut durian tersebut iaitu bujur panjang.
D88 atau biasanya dipanggil Bangkok 8 adalah jenis durian dari Thailand. Buahnya berbentuk bujur dan sangat besar.
ULAS durian Balik Pulau berbentuk bujur panjang.
--------------------------------------------------------------------------------
Isinya juga sangat tebal dan adakalanya berair sedikit. Warnanya kuning, masak tidak sama rata dan rasanya sangat manis.
Lain pula dengan D96 Bangkok A yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian UPM. Buahnya sangat besar dan berwarna gangsa bila cukup matang. Hujungnya bengkok sedikit dan durinya pendek serta rapat. Isinya berwarna kuning oren dan tebal. Rasanya lemak manis dan mutu isinya sangat baik.
Tangkai juga mempengaruhi jenis-jenis durian. Ada beberapa jenis tangkai durian antaranya berbentuk silinder, panjang, kecil, besar, warna kuning dan kehijauan.
Kebanyakan ulas durian mengikut baka asalnya. Jika buah durian tersebut bulat maka ulasnya juga bulat.
Jika buahnya lonjong, begitu juga isinya.
Menurut Penolong Pegawai Pertanian Firdaus Kardi, pokok-pokok yang ditanam di UPM kesemuanya mempunyai 34 klon. Di ladang lima sahaja terdapat 552 pokok durian yang ditanam pada jarak 12 meter darab 12 meter.
--------------------------------------------------------------------------------
Baja yang digunakan bagi menyuburkan durian ini ialah MPK blue Special 1212172.
Pengutipan durian di ladang biasanya dilakukan enam kali, tiga kali pada waktu siang dan tiga kali waktu malam.
Semburan racun serangga dan rumpai turut dilakukan dua kali setahun bagi mengawal populasi serangga dan koya tumbuhan putih yang terdapat pada batang pokok durian.
UPM turut menjual durian kepada orang ramai pada harga yang murah. Bagi durian gred A ia dijual pada harga RM3.50 sekilogram dan bagi gred B dijual RM2.50 sekilogram. - NORHAFIZAH ABD RANI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment